Saturday 9 April 2011

Duduk Di Kedai Kopi [ddkk]

Oh my blog,
Bangun pagi. Bayar bil air dan terus membeli roti canai telur. Sepanjang menunggu order, rata-rata pengunjung kedai adalah warga tua yang masing-masing membawa surat khabar.  Termasuk saya sendiri walaupun saya belum lagi termasuk dalam golongan warga tua.

Saya perhatikan sebelah kanan saya, rancak berborak berkenaan calon BN, sebelah kiri saya pulak seorang lelaki yang khusuk menghirup air kopi panas sambil membaca surat khabar. Keseorangan. Macam saya. Untuk membunuh masa, saya selak sedikit surat khabar Utusan Borneo mukasurat yang paling akhir. Ermm, bahasa Iban. Tidak berapa faham pulak tetapi cukup tengok gambar pembangunan dan kemakmuran rakyat yang cuba diketengahkan. Tidak lain tidak bukan untuk memancing undi BN. 

Saya terpikir sejenak, saya tidak mengundi dan tidak terlalu arif berkenaan politik tanah air. Kenapa harus membeli surat khabar yang rata-rata isi kandungan berkenaan pilihan raya? Oh. Tidak apa, saya boleh guna surat khabar ini untuk tampal cermin bilik. 

Saya selak lagi page yang seterusnya. Oh! Akan kotakan janji bagi projek jutaan ringgit. Semacam sinonim "Pilihan Raya = Janji Jutaan Ringgit". Ah! Pedulikan! Malas pulak nak fikir banyak. Kerajaan lebih tahu kenapa dan mengapa.

Perjalanan pulang, bendera dan manefesto sudah meriah ditampal sana-sini. Bendera PAS? Dalam hati berdialog, boleh survive ke PAS kat kawasan sini? Oh! mungkin hanya memeriahkan suasana. Saya tidak terus balik ke rumah,  tetapi memandu ke kawasan sekitar perumahan untuk melihat pembangunan yang selama ini saya tidak terokai. Saya seolah katak bawah tempurung kerana tidak mengetahui betapa besarnya projek di kawasan belakang perumahan saya sendiri. Baiklah! Nanti saya survey rumah disana lagi.

Rasanya, hari sabtu berlalu dengan penuh bosan sekali. Terima kasih blog.

0 oh-oh: