Monday 18 April 2011

aku tertekan dengan kerja

oh my blog,
today is monday and i'm really in bad mood now. i hate my colleague so bad! why should i do/did all thing which is those are your duty and responsibility. i'm not your PA or AA. We are at same level..both are not boss! Errm..hey me..stop speaking london please!

oh me,
aku masih dapat bertolak ansur kalau kau mintak aku ajar itu-ini, tetapi bila aku pulak kau suruh buat. sapa yang tak marah. aku fed-up! kau keluar office tinggalkan kerja kau melonggok. last-last aku disuruh untuk bantu kau. itu kerja kau. aku ada kerja aku sendiri. bukan aku taknak bantu. tapi kau dah ngada-ngada. kau dah tahu boss akan suruh aku bantu kau, dan kau rasa selamat bila kau tahu memang akan ada orang tolong kau buat keja itu-ini. hey..please la jangan sambil lewa. kalau kau rasa taknak kerja, berhenti. kau beri peluang kepada sesiapa kat luar yang desperately nakkan kerja dan rezeki. aku tahu kau kaya, dalam 1 bulan kau dapat beli handphone iphone, ipad, dan kereta mewah. tapi tolong lah serius kalau buat kerja! aku tak rasa jeles dengan apa kau ada. tapi aku sakit hati kau menganiaya aku. aku ni kurang kaya, kerja separuh mati, gaji aku cukup makan. kau berdosa menganiaya orang tidak mampu macam aku ni. hehehee =p

sekian oh blog. nanti aku terhampur apa yang tak patut. naya!

Saturday 16 April 2011

Hai Saturday!

Oh my blog,
How are me? Oh...I'm not feeling well today. Sore throat. How are you? Fine? Good..good...

Apa pulak yang aku merepek kat atas tu kan? Luahan perasaan aku pada hari ini ialah aku begang sangat dengan sesetengah manusia yang suka sangat mendengki dan emosi tak tentu pasal. Errmm tak tahu pulak nak luahkan macamana dalam blog ni. Peace!

Sunday 10 April 2011

Poco-Poco

1st time orang ajak poco-poco di hadapan orang ramai. Selama poco-poco glamer beberapa tahun yang lepas, saya tidak pernah tergerak hati dan kaki ini untuk berpoco-poco. Tengok orang poco-poco memang ada dan selalu.

Saya pada mulanya menolak, tetapi atas permintaan budak-budak. Sebut nama saya ramai-ramai, toleh rakan yang lain meminta saya untuk sporting. Saya akur! Walaupun saya totally out of tune. Penat jugak kaki ni tunggu lagu 'berlenggang' tu habis. 

Nasib baik malam tadi dapat lucky draw hamper kecik. Thanks!

Saturday 9 April 2011

Duduk Di Kedai Kopi [ddkk]

Oh my blog,
Bangun pagi. Bayar bil air dan terus membeli roti canai telur. Sepanjang menunggu order, rata-rata pengunjung kedai adalah warga tua yang masing-masing membawa surat khabar.  Termasuk saya sendiri walaupun saya belum lagi termasuk dalam golongan warga tua.

Saya perhatikan sebelah kanan saya, rancak berborak berkenaan calon BN, sebelah kiri saya pulak seorang lelaki yang khusuk menghirup air kopi panas sambil membaca surat khabar. Keseorangan. Macam saya. Untuk membunuh masa, saya selak sedikit surat khabar Utusan Borneo mukasurat yang paling akhir. Ermm, bahasa Iban. Tidak berapa faham pulak tetapi cukup tengok gambar pembangunan dan kemakmuran rakyat yang cuba diketengahkan. Tidak lain tidak bukan untuk memancing undi BN. 

Saya terpikir sejenak, saya tidak mengundi dan tidak terlalu arif berkenaan politik tanah air. Kenapa harus membeli surat khabar yang rata-rata isi kandungan berkenaan pilihan raya? Oh. Tidak apa, saya boleh guna surat khabar ini untuk tampal cermin bilik. 

Saya selak lagi page yang seterusnya. Oh! Akan kotakan janji bagi projek jutaan ringgit. Semacam sinonim "Pilihan Raya = Janji Jutaan Ringgit". Ah! Pedulikan! Malas pulak nak fikir banyak. Kerajaan lebih tahu kenapa dan mengapa.

Perjalanan pulang, bendera dan manefesto sudah meriah ditampal sana-sini. Bendera PAS? Dalam hati berdialog, boleh survive ke PAS kat kawasan sini? Oh! mungkin hanya memeriahkan suasana. Saya tidak terus balik ke rumah,  tetapi memandu ke kawasan sekitar perumahan untuk melihat pembangunan yang selama ini saya tidak terokai. Saya seolah katak bawah tempurung kerana tidak mengetahui betapa besarnya projek di kawasan belakang perumahan saya sendiri. Baiklah! Nanti saya survey rumah disana lagi.

Rasanya, hari sabtu berlalu dengan penuh bosan sekali. Terima kasih blog.

Friday 8 April 2011

Ambil Peluang @ Kesempatan

credit : google
"Sekecil apapun kesempatan yang tersedia bagi anda, manfaatkan! Sebesar apapun penghalang di depan anda, loncatlah!" - John C. Mexwell

Hello Bloggers...Errm..Hello Oh Me!

Today is Friday. A good day to start new journey in cyber life. I love to write here and hope it will be everyday and i wish to share good thing to all of you to ponder. So, be gentle to me guys! :)